Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jemaah Dato’ Dato’ Negeri Kedah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Kempen Menderma Darah yang berlangsung di Alor Setar Mall.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong usaha kemasyarakatan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah dalam membantu memenuhi keperluan bekalan darah bagi mereka yang memerlukan.
Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat bermakna dalam menjayakan usaha murni ini. Semoga kolaborasi yang terjalin terus diperkukuhkan melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Bersama membina komuniti yang lebih prihatin, sihat dan saling menyokong.


![]()
