Putra Medical Centre berbesar hati dapat turut menjayakan dan memberikan sokongan kepada Kejohanan Bola Tampar (Tertutup) B20 Kedah 2026 sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong pembangunan sukan serta kesejahteraan komuniti, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Sepanjang kejohanan berlangsung, Putra Medical Centre turut menyediakan saringan kesihatan percuma serta pasukan perubatan di lokasi bagi memberikan bantuan dan pertolongan cemas sekiranya diperlukan.
Kami berbangga dapat bersama-sama menyokong para atlet muda dalam membina gaya hidup yang aktif, sihat dan berdaya saing, sambil memastikan aspek kesihatan sentiasa menjadi keutamaan.


![]()
