Sempena Bulan Kemerdekaan, Lalita 9999 Group Supply telah menjalin kerjasama bersama Putra Medical Centre Alor Setar dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai tanda keprihatinan terhadap para pesakit di hospital.
Inisiatif ini merupakan satu usaha murni dalam menyantuni pesakit serta memberikan sokongan dan perhatian kepada mereka sepanjang menjalani rawatan.
Program ini turut mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap komuniti, di samping mengeratkan jalinan kerjasama antara Putra Medical Centre dan Lalita 9999 Group Supply dalam menyokong kesejahteraan masyarakat.
Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lalita 9999 Group Supply atas sokongan dan komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan dan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak pada masa akan datang.


![]()
