Sempena Merdeka Fiesta & Test Drive di Proton Lee Motors Alor Setar pada 22 Ogos yang lalu, Putra Medical Centre Alor Setar turut bersama memeriahkan acara menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat patriotik, kami mengambil kesempatan untuk mendekati komuniti serta berkongsi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Bagi kami, semangat Merdeka bukan sahaja tentang meraikan kebebasan, tetapi juga tentang menghargai nikmat kesihatan dan menjaga kesejahteraan diri serta keluarga.
Terima kasih kepada Lee Motors Alor Setar atas peluang dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan ini terus membawa manfaat kepada komuniti dan bersama-sama kita melangkah ke arah kehidupan yang lebih sihat.


![]()
