Langkau ke kandungan

Kolej Tentera Udara Alor Setar

Baru baru ini, pasukan PMC telah berkesempatan melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kesihatan di Kolej Tentera Udara Alor Setar. Kunjungan ini membuka ruang bermakna untuk kami mendekati warga kolej yang sentiasa komited dalam menjalani latihan ketenteraan demi keselamatan negara.

Sepanjang program berlangsung, aktiviti saringan kesihatan telah dijalankan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras glukosa dalam darah serta pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI).

Setiap peserta yang hadir diberi peluang untuk mengetahui status kesihatan mereka dengan lebih jelas, di samping menerima penerangan ringkas daripada pasukan PMC mengenai kepentingan penjagaan kesihatan secara berkala serta amalan gaya hidup sihat.

Walaupun ringkas, setiap pemeriksaan membawa makna yang besar kerana kesihatan yang baik merupakan asas kepada kecergasan fizikal, ketahanan diri dan prestasi harian, khususnya bagi mereka yang berkhidmat dalam bidang ketenteraan.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
Ogos, 2026

Lalita 9999 Group Supply

Sempena Bulan Kemerdekaan, Lalita 9999 Group Supply telah menjalin kerjasama bersama Putra Medical Centre Alor Setar dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai tanda keprihatinan terhadap para pesakit di hospital. Inisiatif ini merupakan satu usaha murni dalam menyantuni pesakit serta memberikan sokongan dan perhatian kepada mereka sepanjang menjalani rawatan. Program ini turut mencerminkan semangat […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Latihan Basic Life Support (BLS)

Dalam keadaan kecemasan, beberapa minit pertama amat penting. Justeru, Putra Medical Centre terus memperkukuhkan kesiapsiagaan kakitangan melalui Latihan Basic Life Support (BLS) yang dijalankan secara bulanan, di samping turut melaksanakan ACS Stop the Bleeding Programs. Daripada kemahiran CPR, bantuan kecemasan hingga teknik mengawal pendarahan, latihan ini membantu memastikan setiap anggota pasukan mempunyai pengetahuan, keyakinan dan […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Proton Lee Motors Alor Setar

Sempena Merdeka Fiesta & Test Drive di Proton Lee Motors Alor Setar pada 22 Ogos yang lalu, Putra Medical Centre Alor Setar turut bersama memeriahkan acara menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat patriotik, kami mengambil kesempatan untuk mendekati komuniti serta berkongsi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan. Bagi kami, semangat […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Masjid Al-Hasanah Ampang Jajar (Masjid Besi) Mergong

Putra Medical Centre Alor Setar sentiasa komited dalam mendekati komuniti melalui program CSR Medical Camp di Masjid Al-Hasanah Ampang Jajar (Masjid Besi) Mergong. Program ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan saringan kesihatan asas serta berkongsi maklumat dan kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan bersama pasukan perubatan kami. Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan […]

Baca Lagi
Julai, 2026

Flat Tongkang Yard

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh komuniti yang hadir memeriahkan Program Saringan Kesihatan Komuniti MADANI Tongkang Yard bersama Putra Medical Centre yang telah berlangsung pada 24 Julai 2026 di Flat Tongkang Yard. Melalui program ini, para peserta berpeluang mendapatkan pemeriksaan tekanan darah, ujian gula dalam darah dan saringan kolesterol secara percuma sebagai langkah awal dalam menjaga kesihatan […]

Baca Lagi
Julai, 2026

Kelas Antenatal

Hari ini di Putra Medical Centre (PMC), kami berbesar hati menyambut sekumpulan bakal ibu bapa ke Kelas Antenatal, iaitu satu sesi bermakna yang memberikan panduan dan persediaan kepada…

Baca Lagi