Keceriaan anak-anak SK Haji Wahab menyerikan suasana Program Care & Fun: Sihat, Ceria, Gembira! pada 15 September 2026. Pasukan Putra Medical Centre Alor Setar juga turut berkesempatan menyertai program tersebut.
Dalam suasana yang santai dan menyeronokkan, kami berkongsi pengetahuan tentang amalan pemakanan sihat serta teknik mencuci tangan yang betul. Para peserta turut berpeluang menjalani pemeriksaan asas kesihatan seperti tekanan darah dan paras glukosa dalam darah.
Bagi kami, kesedaran tentang penjagaan kesihatan boleh dipupuk sejak usia muda melalui pengetahuan dan amalan yang mudah dalam kehidupan seharian. Semoga perkongsian ini menjadi langkah kecil yang bermakna dalam membentuk generasi yang lebih sihat, ceria dan peka terhadap penjagaan diri.
Terima kasih SK Haji Wahab atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga kolaborasi seperti ini terus menjadi jambatan dalam menyemai budaya hidup sihat dalam komuniti.


![]()
