Kesibukan bekerja kadangkala membuatkan kita terlupa untuk meluangkan masa menjaga kesihatan diri.
Menyedari kepentingan pemeriksaan awal, Putra Medical Centre telah berkunjung ke Hong Leong Bank, Jalan Gangsa bagi mengadakan Program CSR Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
Sepanjang program, warga kerja berpeluang menjalani pemeriksaan asas seperti tekanan darah (BP) dan Indeks Jisim Badan (BMI), di samping mendapatkan perkongsian ringkas mengenai kepentingan menjaga kesihatan.
Terima kasih kepada seluruh warga Hong Leong Bank, Jalan Gangsa atas sambutan dan kerjasama yang diberikan. Semoga langkah kecil ini menjadi permulaan kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik.


![]()
