Bersempena Raya Glam bersama Proton anjuran Proton Lee Motors Alor Setar pada 19 April 2026, Putra Medical Centre berbesar hati menyertai kolaborasi CSR ini dalam mendekatkan kesedaran kesihatan kepada komuniti sempena musim perayaan.
Kami menyediakan saringan kesihatan seperti tekanan darah, glukosa, BMI serta konsultasi dietetik bagi menggalakkan pengesanan awal dan gaya hidup sihat.
Inisiatif ini bukan sahaja meraikan Hari Raya dengan penuh kasih sayang, tetapi turut memperkukuhkan semangat prihatin terhadap kesihatan dalam komuniti.