Hari ini di Putra Medical Centre (PMC), kami berbesar hati menyambut sekumpulan bakal ibu bapa ke Kelas Antenatal, iaitu satu sesi bermakna yang memberikan panduan dan persediaan kepada mereka dalam menempuh salah satu perjalanan terindah dalam kehidupan, iaitu menjadi ibu bapa.
Kelas ini merangkumi pelbagai topik penting dan bermanfaat, termasuk penjagaan sepanjang kehamilan, persediaan menghadapi proses kelahiran, penjagaan bayi baru lahir serta panduan penyusuan susu ibu. Selain perkongsian ilmu, sesi ini turut menjadi ruang untuk para peserta mengemukakan pertanyaan, berkongsi pengalaman, mendapatkan sokongan serta membina keyakinan dalam membuat persediaan sebelum menyambut kelahiran cahaya mata mereka.