ORTODONTIK
Meluruskan gigi dan membetulkan masalah gigitan untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa — menggunakan pendakap gigi, penjajar lutsinar serta rawatan awal yang boleh mengelakkan keperluan rawatan yang lebih kompleks pada masa hadapan.
Lebih daripada Sekadar Senyuman yang Lebih Menarik
Ortodontik bukan sekadar mengenai penampilan. Gigi yang tidak tersusun atau terlalu rapat, serta masalah gigitan yang tidak sejajar, boleh menyukarkan penjagaan kebersihan gigi, menyebabkan kehausan gigi yang tidak sekata dan menimbulkan ketidakselesaan pada rahang serta masalah gusi dari semasa ke semasa.
Di Putra Medical Centre, kami menyediakan rawatan untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Setiap kes bermula dengan penilaian yang menyeluruh — termasuk pemeriksaan, pengimejan dan imbasan gigitan digital — sebelum pelan rawatan dirancang berdasarkan keadaan gigi dan struktur wajah anda, bukannya menggunakan pendekatan yang sama untuk semua. Penjajaran gigi yang betul membantu mengekalkan kesihatan mulut dalam jangka panjang, di samping menghasilkan senyuman yang lebih menarik.
Masalah Kesihatan yang Boleh Kami Bantu
Tidak pasti sama ada anda memerlukan pendakap gigi? Mulakan dengan masalah yang mengganggu anda — kami akan memberikan penilaian yang jujur.
Gigi Tidak Tersusun atau Bengkok
Gigi yang bertindih atau tidak berada pada kedudukan yang betul.
Gigitan Tidak Sejajar
Gigitan dalam, gigitan terbalik atau gigitan silang yang menjejaskan cara anda mengunyah.
Gigi Anak Tumbuh Tidak Tersusun
Rawatan awal ketika rahang masih dalam proses pertumbuhan.
Gigi Susu Hilang Terlalu Awal
Alat pengekalan ruang membantu mengekalkan ruang untuk gigi kekal tumbuh.
Meluruskan Gigi pada Usia Dewasa
Tidak pernah terlambat untuk mendapatkan rawatan, dan terdapat pilihan rawatan yang lebih tidak ketara.
Mengekalkan Susunan Gigi Selepas Pendakap Gigi
Penggunaan retainer membantu mengekalkan hasil rawatan.
Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat
Perkhidmatan ortodontik kami merangkumi lima bidang utama. Pilih bidang yang paling berkaitan dengan keadaan anda.
Mengenal pasti dan menangani masalah ketika rahang masih dalam proses pertumbuhan, supaya rawatan pada peringkat seterusnya menjadi lebih mudah — atau mungkin tidak diperlukan langsung.
Apa yang termasuk
- Penilaian awal pertumbuhan rahang dan kedudukan gigi
- Alat ortodontik untuk membantu membimbing pertumbuhan rahang
- Alat pengekalan ruang selepas gigi susu hilang terlalu awal
- Pemantauan pertumbuhan gigi kekal
Rawatan awal dapat mengurangkan keperluan untuk rawatan yang lebih kompleks — atau pembedahan — pada masa hadapan.
Meluruskan gigi yang tidak tersusun menggunakan pendakap gigi atau penjajar lutsinar.
Apa yang termasuk
- Pendakap gigi logam
- Pendakap gigi seramik (sewarna gigi)
- Penjajar lutsinar
- Pembetulan gigitan dalam, gigitan terbalik dan gigitan silang
Membantu meluruskan gigi yang berlapis atau terlalu rapat serta membetulkan masalah gigitan yang boleh menjejaskan kebersihan gigi dan menyebabkan kehausan gigi.
Membantu mengarahkan perkembangan rahang ketika kanak-kanak masih membesar supaya masalah gigitan dapat diperbetulkan dengan lebih baik.
Apa yang termasuk
- Alat ortopedik dentofasial
- Pemantauan pertumbuhan rahang dan perkembangan wajah
- Perancangan rawatan bersama pakar bedah mulut dan maksilofasial jika diperlukan
Membimbing pertumbuhan sejak awal dapat mengurangkan kemungkinan memerlukan pembedahan pembetulan apabila dewasa.
Penjajaran gigi yang dirancang berdasarkan struktur tulang yang telah matang — termasuk pilihan rawatan yang kurang ketara bagi golongan dewasa.
Apa yang termasuk
- Penjajar lutsinar
- Pendakap gigi seramik
- Pelan rawatan yang disesuaikan dengan pekerjaan dan kehidupan seharian
- Memberi perhatian kepada keseimbangan wajah, bukan hanya kedudukan gigi
Membantu meningkatkan fungsi dan keyakinan diri, dengan pilihan rawatan yang kurang kelihatan.
Gigi boleh kembali berubah kedudukan jika tiada alat yang mengekalkannya. Retainer membantu memastikan hasil rawatan kekal dalam jangka panjang.
Apa yang termasuk
- Retainer tetap dan boleh ditanggalkan
- Pemantauan selepas rawatan
- Penggantian retainer jika hilang atau rosak
Membantu mengekalkan hasil rawatan yang telah dicapai selepas berbulan-bulan menjalani rawatan.
Tiga Cara untuk Meluruskan Gigi
Pilihan yang sesuai bergantung pada tahap pembetulan yang diperlukan — dan sejauh mana anda selesa dengan penampilan alat ortodontik tersebut.
Pendakap Gigi Logam
Sesuai untuk kes kompleks dan pembetulan yang lebih ketara.
- Pendakap dan dawai yang dipasang secara kekal
- Pilihan yang paling berkesan untuk masalah ketidakjajaran gigi yang sukar
- Biasanya pilihan yang paling ekonomik
Pilihan yang paling ketara.
Pendakap Gigi Seramik
Sesuai jika anda mahukan pendakap gigi yang kurang ketara
- Berfungsi dengan cara yang sama seperti pendakap gigi logam
- Pendakap sewarna gigi
- Dipasang secara kekal, jadi tidak perlu diingat untuk memakainya
Kurang ketara, tetapi masih dipasang secara kekal.
Penjajar Lutsinar
Sesuai untuk golongan dewasa dan golongan profesional yang bekerja.
- Acuan lutsinar yang dibuat khas untuk menggerakkan gigi secara beransur-ansur
- Boleh ditanggalkan ketika makan dan membersihkan gigi
- Dirancang secara digital supaya anda dapat melihat hasil yang dijangkakan
Pilihan yang paling tidak ketara — tetapi hanya berkesan jika dipakai mengikut arahan.
Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah
Rawatan ortodontik mengambil masa berbulan-bulan, bukannya beberapa minit. Berikut ialah proses rawatan yang biasanya dijalani.
Penilaian
Pemeriksaan, X-ray, imbasan digital dan analisis gigitan.
Plan Rawatan Anda
Pilihan rawatan dan anggaran tempoh rawatan, termasuk simulasi digital hasil rawatan jika sesuai.
Pemasangan
Pendakap gigi dipasang atau anda menerima set penjajar lutsinar yang pertama.
Pelarasan
Lawatan singkat secara berkala bagi memastikan gigi bergerak ke kedudukan yang betul.
Retainer
Dipakai selepas rawatan aktif selesai untuk mengekalkan kedudukan gigi.
Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK
Perancangan Rawatan Secara Digital
Melihat hasil rawatan yang dijangkakan sebelum rawatan bermula.
Pergerakan Gigi yang Terkawal dan Berhati-hati
Penjajaran gigi yang selamat bagi melindungi akar gigi dan tulang.
Pilihan yang Kurang Ketara
Pendakap gigi seramik dan penjajar lutsinar.
Rawatan Awal untuk Mengelakkan Rawatan yang Lebih Kompleks
Membimbing pertumbuhan rahang dalam kalangan kanak-kanak.
Hasil yang Berkekalan
Retainer dan pemantauan membantu mengekalkan kedudukan gigi selepas rawatan selesai.
Bersedia untuk Berjumpa dengan Pakar Ortodontik Kami?
Tempah konsultasi ortodontik di Putra Medical Centre atau hubungi kami dan kami akan membantu anda mendapatkan masa yang sesuai.