Langkau ke kandungan

ORTODONTIK

Meluruskan gigi dan membetulkan masalah gigitan untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa — menggunakan pendakap gigi, penjajar lutsinar serta rawatan awal yang boleh mengelakkan keperluan rawatan yang lebih kompleks pada masa hadapan.

Gambaran Keseluruhan

Lebih daripada Sekadar Senyuman yang Lebih Menarik

Ortodontik bukan sekadar mengenai penampilan. Gigi yang tidak tersusun atau terlalu rapat, serta masalah gigitan yang tidak sejajar, boleh menyukarkan penjagaan kebersihan gigi, menyebabkan kehausan gigi yang tidak sekata dan menimbulkan ketidakselesaan pada rahang serta masalah gusi dari semasa ke semasa.

Di Putra Medical Centre, kami menyediakan rawatan untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Setiap kes bermula dengan penilaian yang menyeluruh — termasuk pemeriksaan, pengimejan dan imbasan gigitan digital — sebelum pelan rawatan dirancang berdasarkan keadaan gigi dan struktur wajah anda, bukannya menggunakan pendekatan yang sama untuk semua. Penjajaran gigi yang betul membantu mengekalkan kesihatan mulut dalam jangka panjang, di samping menghasilkan senyuman yang lebih menarik.

Rawatan

Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat

Perkhidmatan ortodontik kami merangkumi lima bidang utama. Pilih bidang yang paling berkaitan dengan keadaan anda.

Mengenal pasti dan menangani masalah ketika rahang masih dalam proses pertumbuhan, supaya rawatan pada peringkat seterusnya menjadi lebih mudah — atau mungkin tidak diperlukan langsung.

Apa yang termasuk

  • Penilaian awal pertumbuhan rahang dan kedudukan gigi
  • Alat ortodontik untuk membantu membimbing pertumbuhan rahang
  • Alat pengekalan ruang selepas gigi susu hilang terlalu awal
  • Pemantauan pertumbuhan gigi kekal
Mengapa Rawatan Ini Penting

Rawatan awal dapat mengurangkan keperluan untuk rawatan yang lebih kompleks — atau pembedahan — pada masa hadapan.

Pilihan Anda

Tiga Cara untuk Meluruskan Gigi

Pilihan yang sesuai bergantung pada tahap pembetulan yang diperlukan — dan sejauh mana anda selesa dengan penampilan alat ortodontik tersebut.

Pendakap Gigi Logam

Sesuai untuk kes kompleks dan pembetulan yang lebih ketara.

  • Pendakap dan dawai yang dipasang secara kekal
  • Pilihan yang paling berkesan untuk masalah ketidakjajaran gigi yang sukar
  • Biasanya pilihan yang paling ekonomik

Pilihan yang paling ketara.

Pendakap Gigi Seramik

Sesuai jika anda mahukan pendakap gigi yang kurang ketara

  • Berfungsi dengan cara yang sama seperti pendakap gigi logam
  • Pendakap sewarna gigi
  • Dipasang secara kekal, jadi tidak perlu diingat untuk memakainya

Kurang ketara, tetapi masih dipasang secara kekal.

Penjajar Lutsinar

Sesuai untuk golongan dewasa dan golongan profesional yang bekerja.

  • Acuan lutsinar yang dibuat khas untuk menggerakkan gigi secara beransur-ansur
  • Boleh ditanggalkan ketika makan dan membersihkan gigi
  • Dirancang secara digital supaya anda dapat melihat hasil yang dijangkakan

Pilihan yang paling tidak ketara — tetapi hanya berkesan jika dipakai mengikut arahan.

Langkah yang Perlu Anda Ambil

Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah

Rawatan ortodontik mengambil masa berbulan-bulan, bukannya beberapa minit. Berikut ialah proses rawatan yang biasanya dijalani.

1

Penilaian

Pemeriksaan, X-ray, imbasan digital dan analisis gigitan.

2

Plan Rawatan Anda

Pilihan rawatan dan anggaran tempoh rawatan, termasuk simulasi digital hasil rawatan jika sesuai.

3

Pemasangan

Pendakap gigi dipasang atau anda menerima set penjajar lutsinar yang pertama.

4

Pelarasan

Lawatan singkat secara berkala bagi memastikan gigi bergerak ke kedudukan yang betul.

5

Retainer

Dipakai selepas rawatan aktif selesai untuk mengekalkan kedudukan gigi.

Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK

Perancangan Rawatan Secara Digital

Melihat hasil rawatan yang dijangkakan sebelum rawatan bermula.

Pergerakan Gigi yang Terkawal dan Berhati-hati

Penjajaran gigi yang selamat bagi melindungi akar gigi dan tulang.

Pilihan yang Kurang Ketara

Pendakap gigi seramik dan penjajar lutsinar.

Rawatan Awal untuk Mengelakkan Rawatan yang Lebih Kompleks

Membimbing pertumbuhan rahang dalam kalangan kanak-kanak.

Hasil yang Berkekalan

Retainer dan pemantauan membantu mengekalkan kedudukan gigi selepas rawatan selesai.

Bersedia untuk Berjumpa dengan Pakar Ortodontik Kami?

Tempah konsultasi ortodontik di Putra Medical Centre atau hubungi kami dan kami akan membantu anda mendapatkan masa yang sesuai.