PEMBEDAHAN AM
Pembedahan untuk abdomen, sistem penghadaman, hernia, payudara dan tiroid — menggunakan teknik laparoskopi apabila sesuai, bagi menghasilkan parut yang lebih kecil dan pemulihan yang lebih cepat.
Pembedahan yang Dirancang Mengikut Keperluan Anda
Pembedahan Am merangkumi pelbagai keadaan yang memerlukan pembedahan — termasuk masalah saluran penghadaman, hati, pundi hempedu, apendiks, usus besar, payudara, tiroid, hernia dan tisu lembut. Sesetengah kes dirancang lebih awal, manakala sesetengahnya memerlukan rawatan kecemasan.
Di Putra Medical Centre, kami menggunakan pelbagai teknik pembedahan, daripada pembedahan terbuka konvensional hingga prosedur laparoskopi — dan pendekatan yang sesuai dipilih berdasarkan keadaan anda, tahap kerumitannya serta kaedah yang dapat membantu proses pemulihan berjalan dengan lancar.
Pakar bedah kami bekerjasama rapat dengan pasukan anestesia, onkologi, gastroenterologi, radiologi, rawatan rapi dan rehabilitasi bagi memastikan rawatan anda diselaraskan dengan baik, daripada diagnosis hingga proses pemulihan.
Masalah yang Boleh Kami Bantu Rawat
Tidak pasti sama ada anda memerlukan pembedahan? Mulakan dengan masalah yang anda alami — kami akan membuat penilaian dan menerangkan pilihan rawatan yang tersedia.
Batu Hempedu atau Sakit Pundi Hempedu
Sakit selepas makan, terutamanya selepas mengambil makanan berlemak.
Sakit Perut yang Tiba-tiba dan Teruk
Kemungkinan apendisitis atau masalah akut lain pada abdomen.
Hernia
Benjolan atau bengkak pada bahagian pangkal paha atau abdomen, yang biasanya lebih ketara apabila meneran.
Benjolan atau Perubahan pada Payudara
Sebarang benjolan atau perubahan baharu pada payudara wajar diperiksa lebih awal.
Benjolan pada Tiroid
Bengkak pada leher yang memerlukan pemeriksaan lanjut.
Masalah Usus
Keadaan kolorektal, ketumbuhan atau penyumbatan usus.
Kecemasan & Trauma
Keadaan akut yang memerlukan pembedahan tanpa berlengah.
Pembedahan Laparoskopi atau Robotik
Tidak pasti teknik yang paling sesuai untuk pembedahan anda? Kami akan membantu menentukan pilihan yang bersesuaian.
Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat
Antara keadaan yang paling kerap dikendalikan oleh pakar bedah kami. Pilih keadaan yang paling berkaitan dengan situasi anda.
Membuang apendiks yang meradang atau pundi hempedu yang menyebabkan kesakitan akibat batu hempedu atau keradangan.
Apa yang termasuk
- Apendektomi (pembuangan apendiks)
- Kolesistektomi (pembuangan pundi hempedu)
- Biasanya dilakukan melalui pembedahan laparoskopi
Pembuangan apendiks yang meradang dapat mencegahnya pecah dan menyebabkan komplikasi berbahaya; manakala pembuangan pundi hempedu yang bermasalah dapat menghentikan kesakitan berulang.
Membaiki kelemahan pada dinding abdomen sebelum ia menyebabkan masalah yang lebih serius.
Apa yang termasuk
- Pembaikan hernia pangkal paha (inguinal)
- Pembaikan hernia pada dinding abdomen
- Teknik pembedahan terbuka atau laparoskopi
Pembaikan hernia dapat membantu mencegah komplikasi serius seperti hernia tercekik, iaitu keadaan apabila bekalan darah ke tisu yang terperangkap terputus.
Menilai dan merawat benjolan pada payudara — termasuk keadaan bukan kanser dan kanser.
Apa yang termasuk
- Pembuangan benjolan payudara bukan kanser
- Pembedahan payudara berkaitan kanser
- Bekerjasama dengan pakar onkologi jika diperlukan
Pengesanan dan rawatan awal boleh memberikan perbezaan yang ketara terhadap peluang untuk sembuh dan kelangsungan hidup — jadi, sebarang benjolan baharu pada payudara wajar diperiksa tanpa berlengah.
Membuang nodul atau ketumbuhan kanser pada kelenjar tiroid dengan selamat dan tepat.
Apa yang termasuk
- Pembuangan nodul tiroid
- Pembedahan untuk kanser tiroid
Membantu merawat kanser serta mencegah nodul yang besar daripada menekan saluran pernafasan.
Pembedahan untuk merawat ketumbuhan, penyakit divertikular dan penyumbatan usus.
Apa yang termasuk
- Pembedahan ketumbuhan kolorektal
- Rawatan penyakit divertikular
- Rawatan penyumbatan usus
Membantu memulihkan fungsi sistem penghadaman dan, bagi kes kanser, meningkatkan hasil rawatan dengan ketara.
Pembedahan kecemasan untuk trauma, kebocoran atau pecahnya organ dalaman serta keadaan akut abdomen — pada bila-bila masa.
Apa yang termasuk
- Pembedahan trauma
- Rawatan kebocoran atau pecahnya organ dalaman dan keadaan akut abdomen
- Perkhidmatan pembedahan 24 jam
Keadaan ini boleh memerlukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa — dan ketersediaan pasukan pembedahan sepanjang masa memastikan rawatan dapat diberikan tanpa berlengah apabila diperlukan.
Tiga Kaedah Pembedahan
Teknik yang sesuai bergantung pada keadaan anda. Berikut ialah perbandingan setiap kaedah dan kesannya terhadap proses pemulihan anda.
Pembedahan Terbuka
Untuk kes yang kompleks, ketumbuhan yang besar, keadaan kecemasan atau apabila akses yang lebih luas diperlukan.
- Akses terus ke kawasan yang terjejas
- Sangat berkesan untuk kes yang kompleks
- Dalam sesetengah keadaan, merupakan pilihan yang paling selamat
Pembedahan Laparoskopi
Pembedahan laparoskopi menggunakan hirisan kecil dan kamera. Kaedah ini lazim digunakan untuk prosedur pundi hempedu, apendiks, hernia dan kolorektal.
- Parut lebih kecil dan kurang kesakitan selepas pembedahan
- Tempoh kemasukan ke hospital lebih singkat
- Pemulihan lebih cepat dan risiko jangkitan lebih rendah
Pembedahan Berbantukan Robotik Akan datang
Platform robotik yang dikawal oleh pakar bedah bagi membolehkan pergerakan yang sangat tepat melalui hirisan kecil.
- Ketepatan lebih tinggi dan kehilangan darah yang lebih sedikit
- Paparan 3D yang diperbesarkan untuk pakar bedah
- Pemulihan lebih cepat dan komplikasi yang lebih rendah
Rawatan Pembedahan Moden di Utara Malaysia — Tanpa Perlu ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang
Dengan sistem pembedahan laparoskopi definisi tinggi, dewan bedah moden serta pembedahan berbantukan robotik yang akan diperkenalkan, PMC Alor Setar menyediakan rawatan pembedahan lanjutan di kawasan utara — membolehkan lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan dengan selamat berdekatan dengan kediaman tanpa perlu dirujuk ke pusat rawatan yang jauh.
Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah
Daripada konsultasi pertama hingga dibenarkan pulang — berikut ialah proses yang biasanya dilalui.
Konsultasi & Diagnosis
Pakar bedah akan menilai keadaan anda dan mengatur sebarang imbasan atau ujian yang diperlukan.
Penilaian Praoperatif
Pasukan anestesia kami akan memastikan anda bersedia untuk pembedahan dan merancang kaedah anestesia yang paling selamat.
Pembedahan Anda
Dilakukan melalui pembedahan terbuka atau laparoskopi, mengikut kaedah yang paling sesuai dengan keadaan anda.
Pemulihan
Penjagaan selepas pembedahan yang teratur membantu anda mula bergerak lebih awal bagi menyokong pemulihan yang lebih lancar dan cepat.
Rawatan Susulan
Pemeriksaan susulan untuk memantau proses penyembuhan dan menjawab sebarang pertanyaan anda.
Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK
Daripada Diagnosis hingga Pemulihan, Kami Bersama Anda
Pakar bedah anda bekerjasama dengan pasukan anestesia, onkologi, gastroenterologi, radiologi dan rawatan rapi supaya keseluruhan perjalanan rawatan anda diselaraskan dengan baik.
Penilaian Praoperatif yang Menyeluruh
Penilaian teliti sebelum pembedahan bagi memastikan risiko dapat dikurangkan sebaik mungkin.
Pemulihan Dipertingkatkan (ERAS)
Protokol pemulihan berstruktur yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan memendekkan tempoh tinggal di hospital.
Peralatan Pembedahan Lanjutan
Sistem laparoskopi definisi tinggi dan dewan bedah moden, dengan teknologi robotik yang akan diperkenalkan.
Perkhidmatan Pembedahan 24 Jam
Pasukan bersedia untuk menjalankan pembedahan kecemasan apabila diperlukan.
Bersedia untuk Berjumpa dengan Pakar Bedah Kami?
Tempah konsultasi pembedahan di Putra Medical Centre atau hubungi kami dan kami akan membantu anda mendapatkan masa yang sesuai. Jika anda telah dirujuk oleh doktor, sila bawa surat rujukan bersama anda.