Langkau ke kandungan

PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Penjagaan gigi dan gusi untuk setiap peringkat usia — daripada pemeriksaan berkala dan pembersihan gigi hingga tampalan, mahkota, gigi palsu dan rawatan gusi, dengan makmal pergigian sendiri di lokasi.

Gambaran Keseluruhan

Penjagaan Kesihatan Pergigian

Kebanyakan daripada kita hanya memikirkan tentang doktor gigi apabila sesuatu sudah mula sakit. Namun, banyak masalah pergigian pada peringkat awal tidak menunjukkan gejala yang ketara — seperti kaviti kecil atau gusi yang sedikit berdarah ketika memberus gigi — dan lebih mudah dirawat pada peringkat awal berbanding apabila sudah menjadi lebih serius.

Di Putra Medical Centre, Pejabat Pergigian kami menyediakan penjagaan untuk pesakit semua peringkat usia, daripada pemeriksaan pertama kanak-kanak hingga gigi palsu dan implan pada usia dewasa. Oleh sebab kami berada di dalam hospital, kami dapat mengambil kira keadaan kesihatan anda secara menyeluruh — termasuk diabetes, masalah jantung dan ubat-ubatan yang sedang diambil — serta berkoordinasi dengan jabatan lain apabila diperlukan. Ini merupakan sesuatu yang tidak semestinya dapat dilakukan di klinik pergigian yang berdiri sendiri.

Apabila anda memerlukan mahkota, jambatan gigi atau gigi palsu, juruteknik pergigian kami sendiri menghasilkan prostetik tersebut di lokasi. Ini membantu memastikan kesesuaian dengan gigitan anda dan mengurangkan keperluan untuk berulang-alik.

Rawatan

Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat

Perkhidmatan pergigian kami merangkumi enam bidang. Pilih bidang yang paling sesuai dengan keadaan anda.

Mencegah masalah kecil sebelum menjadi masalah yang menyakitkan dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Apa yang termasuk

  • Pemeriksaan pergigian berkala
  • Penskaleran dan penggilapan gigi secara profesional
  • Rawatan fluorida
  • Pengedap gigi (dental sealants)
Mengapa ia penting

Kerosakan gigi dan penyakit gusi lebih mudah dan murah untuk dirawat apabila dikesan pada peringkat awal. Pemeriksaan berkala merupakan langkah penjagaan pergigian yang paling mudah dan kurang menyakitkan.

Langkah yang Perlu Anda Ambil

Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah

Jika sudah lama anda tidak berjumpa doktor gigi, berikut ialah apa yang akan berlaku — tiada kejutan.

1

Tempah atau datang terus

Buat janji temu untuk lawatan pergigian anda, atau tanya di kaunter penerimaan tetamu apabila anda berada di sini.

2

Pemeriksaan menyeluruh

Doktor gigi akan memeriksa gigi dan gusi anda, dan mungkin melakukan imbasan digital atau X-ray.

3

Pilihan anda diterangkan

Kami akan menerangkan keadaan anda dan pilihan yang ada — termasuk tempoh masa dan kos setiap pilihan — sebelum apa-apa rawatan dimulakan.

4

Rawatan

Perkara mudah seperti pembersihan gigi atau tampalan selalunya boleh dilakukan pada lawatan yang sama. Mahkota dan gigi palsu dibuat di makmal kami, jadi anda perlu datang semula untuk pemasangan.

5

Penjagaan selepas rawatan

Kami akan menunjukkan cara menjaga gigi anda di rumah dan menetapkan tarikh untuk pemeriksaan seterusnya.

Perlu diketahui: jika anda menghidap diabetes, mempunyai masalah jantung, atau mengambil ubat pencair darah, maklumkan perkara tersebut semasa membuat tempahan — ini membantu kami merancang penjagaan anda dengan selamat.

Apa yang Kami Sediakan untuk Anda di PMCK

Penjagaan pergigian yang mengambil kira kesihatan anda secara menyeluruh

Oleh kerana kami merupakan sebahagian daripada hospital, doktor gigi anda boleh mengambil kira keadaan seperti diabetes dan kesihatan jantung, menyemak ubat-ubatan anda, dan berkoordinasi dengan jabatan lain apabila diperlukan.

Imbasan digital

Cetakan yang lebih tepat dan selesa — tidak lagi perlu memenuhi mulut dengan bahan acuan untuk kebanyakan rawatan.

Dibuat mengikut gigitan anda

Restorasi dibentuk mengikut mulut anda supaya lebih sesuai dan terasa selesa dengan lebih cepat.

Pensterilan yang rapi

Kawalan jangkitan bertaraf hospital pada setiap lawatan, setiap masa.

Makmal pergigian kami sendiri

Mahkota, jambatan dan gigi palsu dibuat di lokasi — kesesuaian yang lebih baik dan kurang lawatan ulang-alik.

Bersedia untuk berjumpa Doktor Gigi?

Tempah janji temu pergigian di Putra Medical Centre, atau hubungi kami dan kami akan membantu mencari masa yang sesuai.

PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Lokasi PMC, Alor Setar
Waktu Operasi [To confirm]
Sila Rujuk [To confirm]
Kecemasan Emergency Contact