PERKHIDMATAN PERGIGIAN
Penjagaan gigi dan gusi untuk setiap peringkat usia — daripada pemeriksaan berkala dan pembersihan gigi hingga tampalan, mahkota, gigi palsu dan rawatan gusi, dengan makmal pergigian sendiri di lokasi.
Penjagaan Kesihatan Pergigian
Kebanyakan daripada kita hanya memikirkan tentang doktor gigi apabila sesuatu sudah mula sakit. Namun, banyak masalah pergigian pada peringkat awal tidak menunjukkan gejala yang ketara — seperti kaviti kecil atau gusi yang sedikit berdarah ketika memberus gigi — dan lebih mudah dirawat pada peringkat awal berbanding apabila sudah menjadi lebih serius.
Di Putra Medical Centre, Pejabat Pergigian kami menyediakan penjagaan untuk pesakit semua peringkat usia, daripada pemeriksaan pertama kanak-kanak hingga gigi palsu dan implan pada usia dewasa. Oleh sebab kami berada di dalam hospital, kami dapat mengambil kira keadaan kesihatan anda secara menyeluruh — termasuk diabetes, masalah jantung dan ubat-ubatan yang sedang diambil — serta berkoordinasi dengan jabatan lain apabila diperlukan. Ini merupakan sesuatu yang tidak semestinya dapat dilakukan di klinik pergigian yang berdiri sendiri.
Apabila anda memerlukan mahkota, jambatan gigi atau gigi palsu, juruteknik pergigian kami sendiri menghasilkan prostetik tersebut di lokasi. Ini membantu memastikan kesesuaian dengan gigitan anda dan mengurangkan keperluan untuk berulang-alik.
Masalah Kesihatan yang Boleh Kami Bantu
Tidak pasti perkhidmatan yang anda perlukan? Mulakan dengan masalah yang anda alami — kami akan membantu menentukan rawatan yang sesuai.
Sakit gigi atau gigi sensitif
Sakit ketika menggigit atau rasa ngilu apabila terkena makanan dan minuman panas atau sejuk.
Gusi berdarah atau bengkak
Darah pada sinki ketika memberus gigi bukanlah sesuatu yang normal — dan ia boleh dirawat.
Gigi patah atau tercabut akibat kecederaan
Gigi yang sumbing, retak atau tercabut akibat kemalangan.
Gigi hilang
Ruang kosong yang menyukarkan anda mengunyah atau membuatkan anda kurang yakin untuk tersenyum.
Sudah tiba masa untuk pemeriksaan & pembersihan
Lawatan berkala untuk mengesan sebarang masalah kecil sebelum menjadi lebih serius.
Lawatan pertama anak anda
Penjagaan yang lembut dan tidak tergesa-gesa untuk memberikan pengalaman pergigian yang baik sejak awal.
Menggertakkan gigi & sakit rahang
Bangun dengan rahang yang sakit atau gigi yang haus akibat mengetap atau menggertakkan gigi.
Gigi lebih putih atau lebih tersusun
Kesihatan gigi sudah baik, tetapi anda mahu penampilan gigi yang lebih menarik.
Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat
Perkhidmatan pergigian kami merangkumi enam bidang. Pilih bidang yang paling sesuai dengan keadaan anda.
Mencegah masalah kecil sebelum menjadi masalah yang menyakitkan dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Apa yang termasuk
- Pemeriksaan pergigian berkala
- Penskaleran dan penggilapan gigi secara profesional
- Rawatan fluorida
- Pengedap gigi (dental sealants)
Kerosakan gigi dan penyakit gusi lebih mudah dan murah untuk dirawat apabila dikesan pada peringkat awal. Pemeriksaan berkala merupakan langkah penjagaan pergigian yang paling mudah dan kurang menyakitkan.
Apabila gigi sudah rosak, retak atau haus, kami memulihkannya supaya dapat berfungsi dan kelihatan seperti sediakala.
Apa yang termasuk
- Tampalan sewarna gigi
- Mahkota dan jambatan gigi
- Rawatan saluran akar
- Rawatan pemulihan pasak dan teras
Kami berusaha mengekalkan gigi asli sedapat mungkin, mencegah jangkitan daripada merebak dan membantu anda mengunyah semula tanpa rasa sakit.
Gusi yang berdarah ketika memberus gigi merupakan tanda awal penyakit gusi — dan ia boleh dirawat dengan berkesan jika tidak dibiarkan.
Apa yang termasuk
- Rawatan gingivitis dan periodontitis
- Pembersihan mendalam (penskaleran dan perancangan akar)
Gusi merupakan asas yang menyokong gigi anda. Rawatan awal membantu mengelakkan kehilangan gigi pada masa hadapan.
Menggantikan gigi yang telah hilang supaya anda dapat makan, bercakap dan tersenyum semula dengan yakin.
Apa yang termasuk
- Gigi palsu penuh dan separa
- Pemulihan yang disokong implan
- Jambatan gigi kekal
Gigi yang hilang boleh menyukarkan proses mengunyah dan bercakap, serta mengubah bentuk wajah dari semasa ke semasa. Menggantikannya membantu mengatasi masalah tersebut — dan semuanya dibuat agar sesuai dengan gigitan anda sendiri di makmal pergigian kami di lokasi.
Perubahan kecil pada penampilan gigi anda, apabila anda berpuas hati dengan kesihatan gigi tetapi kurang berpuas hati dengan rupanya.
Apa yang termasuk
- Pemutihan gigi
- Venir
- Penambahbaikan senyuman
Pemutihan gigi juga ditawarkan sebagai pakej kesihatan dengan harga tetap — lihat bahagian tempahan di bawah.
Mencabut gigi yang tidak dapat diselamatkan dan menangani jangkitan mulut — dengan selamat dan dengan ketidakselesaan yang minimum.
Apa yang termasuk
- Pencabutan gigi secara mudah
- Pembedahan membuang gigi (seperti gigi bongsu)
- Pengurusan jangkitan mulut
Jika dibiarkan, gigi yang bermasalah atau jangkitan akan menjadi semakin sakit dan lebih sukar untuk dirawat. Menanganinya lebih awal dapat melegakan kesakitan dan mencegah komplikasi.
Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah
Jika sudah lama anda tidak berjumpa doktor gigi, berikut ialah apa yang akan berlaku — tiada kejutan.
Tempah atau datang terus
Buat janji temu untuk lawatan pergigian anda, atau tanya di kaunter penerimaan tetamu apabila anda berada di sini.
Pemeriksaan menyeluruh
Doktor gigi akan memeriksa gigi dan gusi anda, dan mungkin melakukan imbasan digital atau X-ray.
Pilihan anda diterangkan
Kami akan menerangkan keadaan anda dan pilihan yang ada — termasuk tempoh masa dan kos setiap pilihan — sebelum apa-apa rawatan dimulakan.
Rawatan
Perkara mudah seperti pembersihan gigi atau tampalan selalunya boleh dilakukan pada lawatan yang sama. Mahkota dan gigi palsu dibuat di makmal kami, jadi anda perlu datang semula untuk pemasangan.
Penjagaan selepas rawatan
Kami akan menunjukkan cara menjaga gigi anda di rumah dan menetapkan tarikh untuk pemeriksaan seterusnya.
Apa yang Kami Sediakan untuk Anda di PMCK
Penjagaan pergigian yang mengambil kira kesihatan anda secara menyeluruh
Oleh kerana kami merupakan sebahagian daripada hospital, doktor gigi anda boleh mengambil kira keadaan seperti diabetes dan kesihatan jantung, menyemak ubat-ubatan anda, dan berkoordinasi dengan jabatan lain apabila diperlukan.
Imbasan digital
Cetakan yang lebih tepat dan selesa — tidak lagi perlu memenuhi mulut dengan bahan acuan untuk kebanyakan rawatan.
Dibuat mengikut gigitan anda
Restorasi dibentuk mengikut mulut anda supaya lebih sesuai dan terasa selesa dengan lebih cepat.
Pensterilan yang rapi
Kawalan jangkitan bertaraf hospital pada setiap lawatan, setiap masa.
Makmal pergigian kami sendiri
Mahkota, jambatan dan gigi palsu dibuat di lokasi — kesesuaian yang lebih baik dan kurang lawatan ulang-alik.
Bersedia untuk berjumpa Doktor Gigi?
Tempah janji temu pergigian di Putra Medical Centre, atau hubungi kami dan kami akan membantu mencari masa yang sesuai.