Dalam keadaan kecemasan, beberapa minit pertama amat penting. Justeru, Putra Medical Centre terus memperkukuhkan kesiapsiagaan kakitangan melalui Latihan Basic Life Support (BLS) yang dijalankan secara bulanan, di samping turut melaksanakan ACS Stop the Bleeding Programs.
Daripada kemahiran CPR, bantuan kecemasan hingga teknik mengawal pendarahan, latihan ini membantu memastikan setiap anggota pasukan mempunyai pengetahuan, keyakinan dan kecekapan untuk memberikan respons awal dengan pantas dan tepat apabila diperlukan.


![]()
