Melalui Program CSR Pemeriksaan Kesihatan Asas di Alor Setar Chinese Methodist Church, Putra Medical Centre berkongsi satu misi yang sama iaitu mengingatkan bahawa kesihatan bukan hanya dijaga apabila sakit tetapi bermula dengan kesedaran dan pemeriksaan awal.
Setiap peserta yang hadir membawa cerita yang berbeza. Ada yang datang kerana rasa ingin tahu, ada yang menemani insan tersayang dan ada yang pulang dengan ketenangan selepas mengetahui keadaan kesihatan mereka.
Terima kasih kepada Alor Setar Chinese Methodist Church atas kerjasama yang diberikan dan kepada semua yang bersama-sama menjayakan program ini.
Kami berharap agar inisiatif seperti ini dapat terus memberi manfaat kepada komuniti serta menggalakkan lebih ramai orang untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.


