Langkau ke kandungan

Gereja Methodist Alor Setar

Melalui Program CSR Pemeriksaan Kesihatan Asas di Alor Setar Chinese Methodist Church, Putra Medical Centre berkongsi satu misi yang sama iaitu mengingatkan bahawa kesihatan bukan hanya dijaga apabila sakit tetapi bermula dengan kesedaran dan pemeriksaan awal.

Setiap peserta yang hadir membawa cerita yang berbeza. Ada yang datang kerana rasa ingin tahu, ada yang menemani insan tersayang dan ada yang pulang dengan ketenangan selepas mengetahui keadaan kesihatan mereka.

Terima kasih kepada Alor Setar Chinese Methodist Church atas kerjasama yang diberikan dan kepada semua yang bersama-sama menjayakan program ini.

Kami berharap agar inisiatif seperti ini dapat terus memberi manfaat kepada komuniti serta menggalakkan lebih ramai orang untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
September, 2026

Hari Cuci Malaysia

Putra Medical Centre berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Program Pembersihan Mega Seluruh Negara 2026 sempena Hari Cuci Malaysia yang berlangsung di Alor Setar, Kedah. Penglibatan ini mencerminkan komitmen kami dalam menyokong inisiatif yang menggalakkan kebersihan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti. Kami percaya persekitaran yang bersih merupakan salah satu asas kepada kehidupan yang lebih sihat. Terima […]

Baca Lagi
September, 2026

Hong Leong Bank

Kesibukan bekerja kadangkala membuatkan kita terlupa untuk meluangkan masa menjaga kesihatan diri. Menyedari kepentingan pemeriksaan awal, Putra Medical Centre telah berkunjung ke Hong Leong Bank, Jalan Gangsa bagi mengadakan Program CSR Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Sepanjang program, warga kerja berpeluang menjalani pemeriksaan asas seperti tekanan darah (BP) dan Indeks Jisim Badan (BMI), di samping mendapatkan perkongsian […]

Baca Lagi
September, 2026

Kempen Menderma Darah | Alor Setar Mall

Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jemaah Dato’ Dato’ Negeri Kedah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Kempen Menderma Darah yang berlangsung di Alor Setar Mall. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong usaha kemasyarakatan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah dalam membantu memenuhi keperluan bekalan darah bagi mereka yang […]

Baca Lagi
September, 2026

SK Haji Wahab

Keceriaan anak-anak SK Haji Wahab menyerikan suasana Program Care & Fun: Sihat, Ceria, Gembira! pada 15 September 2026. Pasukan Putra Medical Centre Alor Setar juga turut berkesempatan menyertai program tersebut. Dalam suasana yang santai dan menyeronokkan, kami berkongsi pengetahuan tentang amalan pemakanan sihat serta teknik mencuci tangan yang betul. Para peserta turut berpeluang menjalani pemeriksaan […]

Baca Lagi
September, 2026

Program Hari Tanpa Kenderaan Alor Setar

Suasana sekitar bandar raya Alor Setar menjadi lebih meriah apabila lebih 1,000 peserta menyertai Isuzu Cycle for Health Edisi Ke-16, yang berlangsung bersempena Alor Setar Car Free Saturday Edisi September 2026. Acara kayuhan sejauh 60 kilometer ini menghimpunkan peserta dari seluruh Malaysia, termasuk penyertaan antarabangsa dari Satun, Thailand, dalam meraikan aktiviti sihat dan gaya hidup […]

Baca Lagi
September, 2026

Alor Setar Mall (Kelab Lions Alor Setar)

Putra Medical Centre berbesar hati dapat bersama komuniti dalam Health Carnival 3.0 – “Journey to A Better Health” anjuran Lions Club of Alor Star (Host) yang berlangsung di Alor Setar Mall. Melalui program ini, pasukan Putra Medical Centre berpeluang mendekati masyarakat dengan menyediakan pemeriksaan tekanan darah dan paras gula dalam darah secara percuma kepada para […]

Baca Lagi