Langkau ke kandungan

Lalita 9999 Group Supply (06)

Putra Medical Centre (PMC), dengan kerjasama Lalita 9999 Group Supply, telah berganding bahu dalam melaksanakan satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bermakna dengan menyumbangkan barangan keperluan kepada para pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital.

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong kesejahteraan para pesakit dengan membantu meringankan keperluan harian mereka, di samping memberikan sokongan, semangat dan keprihatinan sepanjang menjalani proses rawatan.

Selain memberikan manfaat kepada para pesakit, program ini turut mencerminkan hubungan kerjasama strategik yang erat antara PMC dan Lalita 9999 Group Supply, yang berkongsi komitmen dalam berbakti serta menyokong komuniti melalui pelbagai inisiatif yang bermakna.

Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lalita 9999 Group Supply atas sokongan dan komitmen berterusan dalam menjayakan inisiatif ini. PMC berharap agar kerjasama yang bernilai ini dapat terus diperkukuh dan bersama-sama memberikan impak positif kepada komuniti yang kami santuni.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
September, 2026

Hari Cuci Malaysia

Putra Medical Centre berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Program Pembersihan Mega Seluruh Negara 2026 sempena Hari Cuci Malaysia yang berlangsung di Alor Setar, Kedah. Penglibatan ini mencerminkan komitmen kami dalam menyokong inisiatif yang menggalakkan kebersihan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti. Kami percaya persekitaran yang bersih merupakan salah satu asas kepada kehidupan yang lebih sihat. Terima […]

Baca Lagi
September, 2026

Hong Leong Bank

Kesibukan bekerja kadangkala membuatkan kita terlupa untuk meluangkan masa menjaga kesihatan diri. Menyedari kepentingan pemeriksaan awal, Putra Medical Centre telah berkunjung ke Hong Leong Bank, Jalan Gangsa bagi mengadakan Program CSR Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Sepanjang program, warga kerja berpeluang menjalani pemeriksaan asas seperti tekanan darah (BP) dan Indeks Jisim Badan (BMI), di samping mendapatkan perkongsian […]

Baca Lagi
September, 2026

Kempen Menderma Darah | Alor Setar Mall

Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jemaah Dato’ Dato’ Negeri Kedah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Kempen Menderma Darah yang berlangsung di Alor Setar Mall. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong usaha kemasyarakatan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah dalam membantu memenuhi keperluan bekalan darah bagi mereka yang […]

Baca Lagi
September, 2026

SK Haji Wahab

Keceriaan anak-anak SK Haji Wahab menyerikan suasana Program Care & Fun: Sihat, Ceria, Gembira! pada 15 September 2026. Pasukan Putra Medical Centre Alor Setar juga turut berkesempatan menyertai program tersebut. Dalam suasana yang santai dan menyeronokkan, kami berkongsi pengetahuan tentang amalan pemakanan sihat serta teknik mencuci tangan yang betul. Para peserta turut berpeluang menjalani pemeriksaan […]

Baca Lagi
September, 2026

Program Hari Tanpa Kenderaan Alor Setar

Suasana sekitar bandar raya Alor Setar menjadi lebih meriah apabila lebih 1,000 peserta menyertai Isuzu Cycle for Health Edisi Ke-16, yang berlangsung bersempena Alor Setar Car Free Saturday Edisi September 2026. Acara kayuhan sejauh 60 kilometer ini menghimpunkan peserta dari seluruh Malaysia, termasuk penyertaan antarabangsa dari Satun, Thailand, dalam meraikan aktiviti sihat dan gaya hidup […]

Baca Lagi
September, 2026

Alor Setar Mall (Kelab Lions Alor Setar)

Putra Medical Centre berbesar hati dapat bersama komuniti dalam Health Carnival 3.0 – “Journey to A Better Health” anjuran Lions Club of Alor Star (Host) yang berlangsung di Alor Setar Mall. Melalui program ini, pasukan Putra Medical Centre berpeluang mendekati masyarakat dengan menyediakan pemeriksaan tekanan darah dan paras gula dalam darah secara percuma kepada para […]

Baca Lagi