PMC berbesar hati menjadi sebahagian daripada Alor Setar Car Free Saturday menerusi Booth CSR yang menawarkan Saringan Kesihatan Asas secara percuma.
PMC menjunjung kasih atas keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah yang berkenan mencemar duli mengunjungi Booth CSR PMC. Keberangkatan baginda berdua merupakan satu penghormatan yang amat bermakna buat PMC.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah serta Dato’ Lee Gaik Cheng, Pengarah Urusan PMCK Berhad.
Terima kasih kepada semua yang singgah dan mengambil peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas kami. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan kerana mencegah lebih baik daripada merawat.


