Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi program Saringan Kesihatan Putra Medical Centre x Nestlé Omega di Aman Central dari 2 hingga 5 Julai 2026. Kami amat menghargai sambutan yang diberikan dan berbesar hati dapat bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan kesihatan awal dalam kalangan masyarakat.
Sepanjang program ini, para pengunjung telah berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan asas secara PERCUMA, termasuk pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, kolesterol dan BMI. Inisiatif ini diharap dapat menjadi langkah awal ke arah gaya hidup yang lebih sihat serta menggalakkan penjagaan kesihatan secara proaktif.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Nestlé Omega atas kerjasama yang amat bermakna serta kepada semua yang hadir atas sokongan anda.


![]()
