Warna merah jambu, senyuman dan semangat kebersamaan mewarnai PINKTOBER 2026 anjuran Putra Medical Centre (PMC) dengan kerjasama Muses Wellness/IBEA, LUNA V, My Kerrie Beauty, Farmasi Kasih dan GAM Health Food, bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.
Program ini dimeriahkan dengan sesi senamrobik, ceramah kesedaran kanser payudara oleh Dr Tan Boon Lee, Pakar Bedah Am PMC, sesi eksklusif “Girl Boss” bersama Dr Jennifer Hew, perkongsian peluang perniagaan Wellness 2027 oleh Puan Fenn Azia, Pengurus Projek IBEA, serta cabutan bertuah dan reruai pameran yang menarik!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kolaborasi, penceramah dan peserta yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dan kepentingan pengesanan awal.




![]()
