Bayangkan, sedang menjalani rutin harian di hospital, tiba-tiba satu ancaman bom dilaporkan. Apakah tindakan yang perlu diambil?
Bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi situasi sebegini, Putra Medical Centre (PMC) telah mengadakan Latihan Code Purple, iaitu simulasi bencana dalaman melibatkan ancaman bom.
Latihan ini bertujuan menguji prosedur kecemasan, memperkukuh kerjasama antara jabatan serta memastikan keselamatan pesakit, pengunjung dan seluruh warga kerja sentiasa terpelihara.
Setiap persediaan dan tindakan bersama amat bermakna dalam melindungi nyawa.





![]()
