Langkau ke kandungan

Lawatan Penanda Aras Institusi Swasta oleh Peserta NPQEL Ke Putra Medical Centre

Pada 21 Mei 2025, Putra Medical Centre (PMC) telah menerima lawatan istimewa daripada 46 orang peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Sesi 2025 yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB), Cawangan Utara, di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kesemua peserta terdiri daripada barisan guru sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara yang sedang mengikuti latihan intensif untuk dilantik sebagai pengetua atau guru besar di institusi pendidikan masing-masing. Lawatan ini merupakan salah satu komponen penting dalam modul pembangunan kepimpinan profesional NPQEL, yang bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada amalan terbaik dalam tadbir urus serta kepimpinan strategik organisasi.

Lawatan penandaarasan ini diadakan bagi membolehkan para peserta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang pengurusan dan operasi organisasi swasta. Dalam masa yang sama, ia juga memberi peluang untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman yang mampu memberi impak positif serta boleh disesuaikan dan diterapkan dalam konteks pengurusan sekolah. Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membentuk pemimpin pendidikan yang bukan sahaja berprestasi tinggi, tetapi juga memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan, berintegriti, dan berwawasan.

Sepanjang lawatan, para peserta telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PMC. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta pengenalan kepada sejarah dan latar belakang penubuhan pusat perubatan ini yang disampaikan oleh Pengarah Klinikal PMC, Dato’ Dr. Lim Tze Chou. Seterusnya, peserta telah diberikan pencerahan berkenaan pengurusan sumber manusia oleh Pengarah HR PMC yang menyentuh aspek pengurusan bakat, budaya kerja serta kepimpinan dalaman organisasi.

Sesi diteruskan dengan dua ceramah kesihatan yang sangat bermanfaat, iaitu ceramah bertajuk “Bolehkah Orang Muda Kena Serangan Jantung?” oleh Kol. (B) Dr. Mohamad Anuar Mohamad dan ceramah “The Importance of Health for Women Leaders” oleh Dr. Tan Yin Pin, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan. Para peserta turut diberikan pendedahan berkenaan kerjaya kejururawatan dan laluan profesional dalam bidang ini menerusi perkongsian menarik oleh Pengarah Kejururawatan, Mdm Punida Sathiveil.

Lawatan ini turut diserikan dengan sesi tinjauan sekitar fasiliti hospital, termasuk unit rawatan utama dan kawasan operasi, bagi memberi gambaran menyeluruh tentang sistem pengurusan dan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan di sektor swasta. Melalui sesi ini, para peserta dapat menyaksikan sendiri bagaimana prinsip kecekapan, integriti dan inovasi diterapkan secara menyeluruh dalam pengurusan PMC—prinsip yang amat relevan untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan masa kini.

Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Aminuddin Baki atas kepercayaan dan pemilihan PMC sebagai lokasi penanda aras. Pihak kami berharap lawatan ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih meluas antara sektor kesihatan dan pendidikan dalam membentuk ekosistem kepimpinan yang holistik dan berdaya tahan di Malaysia.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
November, 2026

Selamat Hari Radiografi Sedunia 2026

Hari Radiografi Sedunia disambut pada setiap tahun pada 8 November bagi memperingati penemuan sinar-X oleh ahli fizik Jerman, Wilhelm Conrad Röntgen, pada 8 November 1895. Penemuan ini merupakan satu pencapaian penting dalam bidang sains perubatan yang membolehkan profesional penjagaan kesihatan memeriksa struktur dalaman tubuh manusia tanpa memerlukan pembedahan eksploratori. Pada masa kini, pengimejan perubatan merupakan […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Oktober dikenali sebagai Pink October, iaitu bulan yang dikhususkan untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara serta menggalakkan wanita memainkan peranan aktif dalam menjaga kesihatan payudara mereka. Kanser payudara kekal sebagai antara jenis kanser yang paling lazim berlaku dalam kalangan wanita. Walaupun sesetengah faktor risiko tidak dapat diubah, kesedaran terhadap perubahan pada payudara dan mendapatkan nasihat […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Kepentingan Kesihatan Mental: Kenal Pasti Bila Anda Memerlukan Sokongan

Kesihatan mental merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan diri secara keseluruhan. Sama seperti kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi dan psikologi kita boleh berubah sepanjang pelbagai peringkat kehidupan. Tekanan daripada pekerjaan, pembelajaran, hubungan, masalah kewangan atau perubahan besar dalam kehidupan kadangkala boleh mempengaruhi perasaan dan keupayaan kita untuk menjalani kehidupan seharian. Walaupun tekanan yang berlaku sekali-sekala merupakan perkara […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Rabies – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Digigit Haiwan?

Gigitan atau cakaran haiwan mungkin kelihatan seperti kecederaan ringan, namun di kawasan yang mempunyai risiko rabies, ia tidak boleh dipandang ringan. Rabies ialah penyakit virus yang menjejaskan sistem saraf pusat. Setelah gejala klinikal muncul, penyakit ini hampir sentiasa membawa maut. Walau bagaimanapun, rabies boleh dicegah sekiranya rawatan yang sewajarnya diberikan dengan segera selepas terdedah kepada […]

Baca Lagi
September, 2026

Minggu Pemakanan: Perubahan Kecil, Kesihatan Lebih Baik

Minggu Pemakanan merupakan peringatan yang baik bahawa makanan yang kita ambil memainkan peranan penting dalam kesihatan, tahap tenaga dan kesejahteraan keseluruhan. Amalan pemakanan yang sihat tidak bermakna anda perlu meninggalkan makanan kegemaran. Sebaliknya, ia melibatkan pemilihan makanan yang seimbang serta mengamalkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan. Apakah Ciri-Ciri Pemakanan Sihat? Amalkan pengambilan pelbagai jenis makanan dalam […]

Baca Lagi
September, 2026

Polifarmasi: Memahami Risiko Pengambilan Pelbagai Jenis Ubat

Polifarmasi merujuk kepada pengambilan pelbagai jenis ubat secara berterusan, lazimnya lima atau lebih ubat yang dipreskripsikan. Walaupun ubat penting dalam pengurusan pelbagai masalah kesihatan, pengambilan banyak ubat secara serentak boleh meningkatkan risiko kesan sampingan, interaksi antara ubat serta kesukaran untuk mematuhi pengambilan ubat seperti yang ditetapkan. Artikel ini menerangkan risiko polifarmasi, kepentingan semakan ubat secara berkala serta bagaimana deprescribing (pengurangan atau pemberhentian ubat secara terancang) boleh membantu mengurangkan pengambilan ubat yang tidak diperlukan dengan selamat di bawah pemantauan doktor.

Baca Lagi