Langkau ke kandungan

Peristiwa

Terokai program kesedaran kesihatan, inisiatif kemasyarakatan dan pelbagai acara yang dianjurkan oleh Putra Medical Centre.

61 results
Ogos, 2026

Majlis Persaraan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah

Putra Medical Centre Alor Setar berbesar hati menyantuni Majlis Persaraan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, YBhg. Dr. Fauziah binti Abdul Wahab, yang telah berlangsung pada 23 Ogos 2026. Majlis ini menjadi ruang bermakna untuk mengenang jasa, dedikasi dan kepimpinan YBhg. Dr. Fauziah sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang kesihatan. Segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan pastinya […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Pada 21 Ogos 2026, pagi Jumaat yang penuh keberkatan, Putra Medical Centre telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat dalam suasana yang penuh khusyuk dan ketenangan. Bersama-sama menadah tangan dan memanjatkan doa, majlis ini bukan sahaja menjadi ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, malah turut mengeratkan silaturahim serta menyemai rasa kebersamaan dalam […]

Baca Lagi
Julai, 2026

PMC Memperkukuh Kesiapsiagaan Kecemasan Melalui Latihan Code Brown

Putra Medical Centre (PMC) telah menyertai Latihan Separa Code Brown: Simulasi Kemalangan Pesawat 2026 yang telah diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Latihan ini melibatkan simulasi kemalangan pesawat yang mengakibatkan insiden dengan mangsa yang ramai, bertujuan untuk menilai dan memperkukuh keupayaan, penyelarasan serta tahap kesiapsiagaan dalam tindak balas kecemasan dalam kalangan penyedia perkhidmatan kesihatan dan agensi-agensi yang berkaitan.

Baca Lagi
Julai, 2026

Anugerah The BrandLaureate Medical & Healthcare Advancement BestBrands 2026

PMCK Berhad dengan bangganya meraikan kejayaan menerima anugerah “Innovation in Regional Healthcare Leadership” di The BrandLaureate Medical & Healthcare Advancement BestBrands Awards 2026. Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan PMCK Berhad terhadap inovasi, kecemerlangan dan usaha memperkasakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Pencapaian ini turut menyerlahkan dedikasi serta usaha kolektif seluruh warga kerja dalam memacu kemajuan positif dalam industri penjagaan kesihatan. PMCK Berhad akan terus berusaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan pencapaian bermakna pada masa hadapan.

Baca Lagi
Julai, 2026

Majlis Makan Malam Tahunan 2026 & Ulang Tahun Pertama Penyenaraian IPO PMCK Berhad

PMCK Berhad telah meraikan Majlis Makan Malam Tahunan serta ulang tahun pertama penyenaraian IPO di Pasaran Utama Bursa Malaysia, sebagai satu pencapaian penting dalam perjalanan Kumpulan. Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Kedah, bersama para kenamaan negeri, Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan kanan, rakan strategik serta seluruh warga PMCK Berhad.

Baca Lagi