DERMATOLOGI
Rawatan untuk masalah kulit, rambut dan kuku — daripada jerawat, ekzema dan jangkitan yang sukar sembuh hingga pemeriksaan tahi lalat, saringan kanser kulit serta rawatan estetik.
Lebih daripada Sekadar Masalah Kulit
Kulit ialah organ terbesar dalam tubuh yang berfungsi melindungi badan, membantu mengawal suhu dan sering menjadi antara bahagian pertama yang menunjukkan tanda-tanda masalah kesihatan tertentu. Oleh itu, masalah kulit, rambut atau kuku perlu diberi perhatian, bukan sahaja untuk keselesaan dan keyakinan diri, tetapi juga kerana keadaan tersebut mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan lain.
Di Putra Medical Centre, pasukan dermatologi kami merawat masalah kulit yang lazim seperti jerawat, ekzema dan jangkitan kulat, serta keadaan yang lebih kompleks seperti psoriasis, penyakit kulit berkaitan autoimun, ulser kronik dan kanser kulit. Sesetengah keadaan boleh dirawat dalam tempoh yang singkat, manakala keadaan lain memerlukan rawatan berterusan serta pemantauan secara berkala.
Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan hospital, kami bekerjasama dengan jabatan onkologi, pembedahan plastik dan jabatan berkaitan apabila rawatan memerlukan kepakaran daripada lebih daripada satu bidang. Pendekatan ini membolehkan setiap aspek rawatan anda diuruskan secara menyeluruh.
Masalah Kesihatan yang Boleh Kami Bantu
Tidak pasti pakar yang perlu anda temui? Mulakan dengan masalah yang anda alami — kami akan membantu mengenal pasti puncanya dan menentukan rawatan yang sesuai.
Jerawat dan Parut Jerawat
Jerawat yang berterusan atau kesan dan parut yang ditinggalkan selepas jerawat.
Ekzema atau Psoriasis
Kulit yang gatal, kering atau mengalami keradangan secara berulang.
Ruam atau Jangkitan Kulit
Jangkitan akibat bakteria, virus atau kulat yang tidak pulih dengan sendiri.
Tahi Lalat yang Membimbangkan
Tompok atau tahi lalat yang baharu muncul, berubah atau kelihatan tidak normal.
Rambut Menipis atau Gugur
Keguguran rambut atau tompok kebotakan yang mungkin berkaitan dengan hormon, sistem imun atau kekurangan nutrien.
Masalah Kuku
Kuku yang menebal, berubah warna atau mengalami jangkitan dan tidak menunjukkan perubahan selepas rawatan.
Masalah Kulit Kanak-kanak
Rawatan yang sesuai untuk ruam dan masalah kulit dalam kalangan bayi serta kanak-kanak.
Masalah Pigmentasi dan Keadaan Kulit
Rawatan untuk masalah pigmentasi, tekstur atau tona kulit yang ingin diperbaiki.
Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat
Perkhidmatan dermatologi kami merangkumi lima bidang utama. Pilih bidang yang paling berkaitan dengan masalah yang anda alami.
Mendiagnosis dan merawat masalah kulit yang menjejaskan kesihatan serta keselesaan dalam kehidupan seharian.
Apa yang termasuk
- Rawatan jerawat dan parut jerawat
- Rawatan ekzema dan psoriasis bagi kawalan jangka panjang
- Rawatan jangkitan kulit akibat bakteria, virus dan kulat
- Rawatan masalah kulit berkaitan autoimun dan keradangan
- Pemeriksaan keguguran rambut atau alopecia
- Rawatan masalah dan penyakit kuku
Banyak masalah kulit memerlukan rawatan jangka panjang. Diagnosis yang tepat dan pelan rawatan yang sesuai, disertai pemeriksaan susulan secara berkala, membantu mengawal keadaan, mengurangkan risiko berulang dan mengelakkan masalah menjadi lebih serius.
Membuang benjolan, tahi lalat dan sista melalui prosedur kecil menggunakan bius setempat.
Apa yang termasuk
- Pembuangan tahi lalat dan lesi kulit
- Pembuangan sista
- Pembuangan lesi yang mencurigakan atau berkanser
- Prosedur pembuangan kecil menggunakan bius setempat
Prosedur kecil dan kurang invasif membolehkan pemulihan yang lebih cepat dengan parut yang minimum. Pembuangan ketumbuhan atau pertumbuhan kulit yang tidak normal pada peringkat awal juga dapat membantu mengurangkan risiko masalah yang lebih serius pada masa hadapan.
Memeriksa tompok atau perubahan kulit yang mencurigakan, mengesahkannya melalui biopsi dan merawat kanser kulit pada peringkat awal.
Apa yang termasuk
- Pemeriksaan kulit secara menyeluruh dari kepala hingga kaki
- Dermatoskopi — pemeriksaan lesi kulit menggunakan alat pembesar khas
- Biopsi kulit untuk pemeriksaan makmal
- Rawatan dan pembuangan kanser kulit
Bagi kanser kulit seperti melanoma, pengesanan awal boleh mempengaruhi keberkesanan rawatan dengan ketara. Oleh itu, sebarang perubahan kulit yang mencurigakan wajar diperiksa dengan segera.
Rawatan tanpa pembedahan untuk memperbaiki penampilan dan keadaan kulit, dengan tempoh pemulihan yang minimum atau tanpa tempoh pemulihan, bergantung pada jenis rawatan.
Apa yang termasuk
- Rawatan laser
- Pengelupasan kimia
- Rawatan masalah pigmentasi, tekstur dan tona kulit
- Perancangan penjagaan kulit secara individu
Rawatan estetik dirancang berdasarkan jenis kulit, gaya hidup dan sejarah kesihatan anda bagi memastikan rawatan dilaksanakan dengan lebih selamat serta hasil yang diharapkan dapat dicapai dengan sewajarnya.
Rawatan untuk masalah kulit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak dengan pendekatan yang lembut serta disesuaikan mengikut keperluan mereka.
Apa yang termasuk
- Ekzema dan ruam dalam kalangan kanak-kanak
- Jangkitan kulit pada bayi dan kanak-kanak
- Tanda lahir dan masalah kulit yang lazim dalam kalangan kanak-kanak
Kulit kanak-kanak berbeza daripada kulit orang dewasa. Rawatan yang disesuaikan mengikut keadaan dan usia membantu memastikan rawatan lebih selamat serta mengurangkan kebimbangan ibu bapa.
Tahi Lalat yang Berubah? Jangan Tunggu untuk Mendapatkan Pemeriksaan.
Tanda baharu pada kulit atau tahi lalat yang berubah dari segi saiz, bentuk atau warna wajar diperiksa, walaupun akhirnya didapati tidak berbahaya. Pasukan kami menjalankan pemeriksaan kulit secara menyeluruh dari kepala hingga kaki serta dermatoskopi untuk mengenal pasti tanda yang tidak berbahaya dan tanda yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Biopsi juga boleh dilakukan sekiranya diperlukan. Bagi kanser kulit, pengesanan pada peringkat awal boleh memberikan perbezaan yang ketara terhadap keberkesanan rawatan.
Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah
Berikut ialah proses yang biasanya dilalui semasa pemeriksaan dermatologi pertama.
Tempahan Temujanji
Buat temujanji untuk mendapatkan konsultasi dermatologi atau dapatkan bantuan di kaunter penerimaan apabila anda hadir ke pusat perubatan.
Pemeriksaan Kulit
Pakar dermatologi akan memeriksa kawasan yang bermasalah. Bagi pemeriksaan tahi lalat, pemeriksaan kulit secara menyeluruh dari kepala hingga kaki boleh dilakukan menggunakan dermatoskop.
Diagnosis dan Plan Rawatan
Kami akan menerangkan keadaan anda serta pilihan rawatan yang sesuai, termasuk tempoh rawatan yang mungkin diperlukan.
Rawatan atau Prosedur
Sesetengah rawatan boleh dimulakan pada hari yang sama. Tahi lalat atau lesi kulit yang kecil juga boleh dibuang menggunakan bius setempat sekiranya sesuai.
Rawatan Susulan
Keadaan jangka panjang seperti ekzema atau psoriasis akan dipantau secara berkala bagi memastikan keadaan tersebut terus terkawal.
Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK
Kerjasama dengan Jabatan Lain di Hospital
Apabila masalah kulit memerlukan kepakaran selain dermatologi, kami bekerjasama secara langsung dengan jabatan onkologi, pembedahan plastik dan jabatan lain yang berkaitan supaya kes yang kompleks dapat diuruskan secara menyeluruh.
Dermatoskopi dan Pengimejan
Pemeriksaan menggunakan alat pembesar membantu membezakan tanda kulit yang tidak berbahaya daripada tanda yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan lanjut dengan lebih tepat.
Prosedur Pembedahan Kecil, Parut Minimum
Prosedur pembuangan lesi kecil menggunakan bius setempat membolehkan pemulihan yang lebih cepat dengan parut yang minimum.
Pelan berasaskan fakta
Rawatan diberikan berdasarkan garis panduan dermatologi yang ditetapkan serta bukti penyelidikan perubatan semasa.
Penjagaan Disesuaikan dengan Keperluan Anda
Rawatan dirancang berdasarkan jenis kulit, gaya hidup dan sejarah kesihatan anda, dengan pemeriksaan susulan bagi keadaan yang memerlukan rawatan jangka panjang.
Bersedia untuk Mendapatkan Pemeriksaan daripada Pakar Kami?
Tempah konsultasi dermatologi di Putra Medical Centre atau hubungi kami untuk mendapatkan bantuan menetapkan janji temu.