Langkau ke kandungan

KARDIOLOGI

Penjagaan Lengkap Jantung & Peredaran Darah Anda - Daripada penilaian risiko dan pengurusan tekanan darah, hingga rawatan arteri tersumbat, gangguan ritma jantung, serta kegagalan jantung.

Gambaran Keseluruhan

Sebahagian Besar Masalah Jantung Boleh Dicegah dan Dirawat Pada Peringkat Awal

Penyakit jantung dan saluran darah merupakan antara penyebab utama masalah kesihatan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripadanya boleh dicegah dan dirawat secara berkesan sekiranya dikesan pada peringkat awal.

Di Putra Medical Centre, perkhidmatan kardiologi kami menyediakan penjagaan komprehensif merangkumi pemeriksaan pencegahan, penilaian risiko, prosedur pembedahan kateter termaju, serta pengurusan kesihatan jangka panjang. Pakar kardiologi kami bukan sahaja merawat serangan jantung, malah menguruskan tekanan darah tinggi, paras kolesterol, gangguan ritma jantung, kegagalan jantung, serta penyakit struktur jantung. Pasukan kami bekerjasama rapat dengan unit kecemasan, anestesia, unit rawatan rapi (ICU), dan pemulihan (rehabilitasi) bagi memastikan proses perubatan anda berjalan lancar dari klinik hingga ke wad dan rawatan kritikal.

Rawatan

Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda

5 Bidang Utama Penjagaan Jantung Pilih perkhidmatan yang bertepatan dengan keperluan kesihatan anda hari ini.

Ketahui Tahap Kesihatan Jantung Anda, Sebelum Terlambat.

Apa yang termasuk

  • Pemantauan Tekanan Darah
  • Cholesterol (lipid) profiling
  • Saringan Kencing Manis
  • Elektrokardiogram (ECG)
  • Ujian Stres Jantung
Kepentingan Saringan Awal

Mengesan dan mengurus faktor risiko secara berkesan sebelum berlakunya serangan jantung atau strok.

Fahami Risiko Jantung Anda

Penyakit Jantung Sering Kali Berlaku Tanpa Sebarang Tanda Amaran Sehinggalah Ia Menjadi Serius.

Pemeriksaan risiko asas — tekanan darah, kolesterol, ujian ECG, dan kadang-kadang ujian stres — dapat mengesan masalah kesihatan sebelum menjadi parah. Pemeriksaan ini amat digalakkan jika anda penghidap kencing manis, darah tinggi, atau mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit jantung.

Langkah yang Perlu Anda Ambil

Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah

Berikut ialah gambaran umum perjalanan temu janji pertama anda di klinik kardiologi.

1

Pemeriksaan Awal

Pemeriksaan sejarah kesihatan, penilaian faktor risiko, ukuran tekanan darah, dan ujian ECG.

2

Ujian

Menjalankan ujian ekokardiografi, ujian tekanan, atau ujian imbasan (imaging) bergantung pada keperluan kesihatan anda.

3

Keputusan & Pelan Tindakan

Penetapan ubat-ubatan, prosedur rawatan yang diperlukan, atau panduan pelan gaya hidup sihat

4

Prosedur Rawatan

Pelbagai prosedur dijalankan secara invasif minimum melalui kemasukan kateter kecil.

5

Rawatan Susulan & Pemulihan

Pemantauan khusus di klinik kegagalan jantung serta program pemulihan jantung terpandu selepas serangan atau pembedahan jantung.

Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK

Pemeriksaan Awal

Direka Khusus untuk Pesakit Berisiko Lebih Tinggi

Prosedur Invasif Minimum

Berasaskan kateter untuk pemulihan yang lebih cepat dan tempoh tinggal di hospital yang singkat.

Imbasan Jantung yang Canggih

Diagnosis yang Tepat dan Rawatan Terperinci

Diagnosis yang Tepat dan Rawatan Terperinci

Pemantauan Telemetri Sepanjang Tempoh Rawatan di Hospital

Pemulihan Jantung

Pemulihan Selamat dan Terpandu Selepas Pembedahan atau Serangan Jantung

Respons Pantas untuk Kes Kecemasan Jantung

Kerjasama Langsung bersama Jabatan Kecemasan & Unit Rawatan Rapi (ICU)

Jom Semak Kesihatan Jantung Anda Hari Ini

Tempah temujanji kardiologi atau saringan jantung anda di Putra Medical Centre hari ini. Jika anda mengalami sakit dada sekarang, sila hubungi talian kecemasan atau terus ke Jabatan Kecemasan (A&E).