Langkau ke kandungan

OTORINOLARINGOLOGI (ENT)

Perkhidmatan penjagaan telinga, hidung dan tekak — termasuk masalah pendengaran, resdung, pening, berdengkur, tonsil serta masalah kepala dan leher, dengan pilihan rawatan perubatan dan pembedahan bergantung pada keadaan dan keperluan anda.

Gambaran Keseluruhan

Semua saling berkaitan

Telinga, hidung dan tekak saling berkait rapat. Masalah pada satu bahagian boleh turut menjejaskan bahagian yang lain. Di Putra Medical Centre, perkhidmatan ENT merangkumi masalah lazim seperti jangkitan sinus dan kehilangan pendengaran, sehinggalah kepada vertigo, apnea tidur, masalah struktur hidung serta ketumbuhan pada kepala dan leher.

 

Rawatan mungkin melibatkan ubat-ubatan, prosedur kecil atau pembedahan, bergantung pada keadaan dan keperluan anda. Pasukan kami bekerjasama dengan pakar audiologi, pakar neurologi, pakar bedah plastik, pakar anestesia dan pasukan rehabilitasi untuk memastikan keadaan yang lebih kompleks dapat dirawat secara menyeluruh.

Rawatan

Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat

Perkhidmatan ENT kami merangkumi empat bidang utama. Pilih bidang yang paling berkaitan dengan keadaan anda.

Masalah pendengaran, bunyi berdengung dan pening — termasuk mengenal pasti sama ada vertigo berpunca daripada masalah telinga dalam atau faktor lain.

Apa yang termasuk

  • Penilaian kehilangan pendengaran
  • Pengurusan tinnitus (bunyi berdengung dalam telinga)
  • Vertigo — BPPV, penyakit Ménière dan neuritis vestibular
  • Ujian vestibular (keseimbangan)
  • Manuver penempatan semula kanal untuk BPPV
Mengapa Rawatan Ini Penting

Mengenal pasti punca sebenar pening dapat membantu mengurangkan risiko terjatuh dan memulihkan keyakinan diri. Sesetengah jenis vertigo juga boleh diredakan dengan segera tanpa memerlukan ubat atau pembedahan.

Akses Mudah

Rawatan Khusus Kepala & Leher, Lebih Dekat dengan Anda

Daripada ujian keseimbangan hingga pembedahan sinus secara endoskopik dan pembedahan pembentukan semula hidung, PMC menyediakan rawatan ENT lanjutan di kawasan utara — membolehkan anda mendapatkan rawatan berdekatan tanpa perlu mendapatkan rawatan di pusat yang jauh.

Langkah yang Perlu Anda Ambil

Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah

Berikut ialah proses yang biasanya dilalui semasa konsultasi ENT pertama supaya anda tahu perkara yang boleh dijangkakan.

1

Konsultasi

Pemeriksaan dan penilaian sejarah kesihatan, termasuk pemeriksaan menggunakan skop pada telinga, hidung atau tekak.

2

Melakukan Ujian

Ujian pendengaran, penilaian keseimbangan (vestibular) atau pengimejan jika diperlukan.

3

Diagnosis & Plan Rawatan

Rawatan menggunakan ubat, prosedur kecil atau pembedahan bergantung keadaan dan keperluan anda.

4

Rawatan

Rawatan dijalankan menggunakan teknik invasif minimum apabila sesuai

5

Rawatan Susulan

Pemeriksaan susulan dan rehabilitasi jika diperlukan, seperti terapi keseimbangan.

Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK

Penilaian yang Menyeluruh

Ujian kedudukan untuk mengenal pasti sama ada pening berpunca daripada masalah telinga dalam dan bukan daripada masalah neurologi.

Melegakan vertigo dengan segera

Manuver penempatan semula untuk BPPV tanpa memerlukan ubat atau pembedahan.

Tanpa Parut Luaran

Teknik endoskopik melalui hidung untuk prosedur sinus.

Pernafasan dan Bentuk Hidung dalam Satu Prosedur

Pembedahan hidung untuk fungsi pernafasan yang membantu mengekalkan bentuk hidung semula jadi.

Perancangan Rawatan Berfokus pada Saluran Pernafasan

Penilaian menyeluruh sebelum menjalani pembedahan berkaitan masalah tidur.

Pasukan untuk kes yang kompleks

Kerjasama antara pakar neurologi, pembedahan plastik, onkologi serta pasukan rehabilitasi.

Bersedia untuk Mendapatkan Rawatan daripada Pakar ENT?

Tempah konsultasi ENT di Putra Medical Centre atau hubungi kami dan kami akan membantu anda mendapatkan masa yang sesuai.