Langkau ke kandungan

PEDIATRIK

Penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak daripada bayi baru lahir hingga remaja — merangkumi pemeriksaan kesihatan, vaksinasi, pemantauan pertumbuhan dan perkembangan serta rawatan apabila mereka tidak sihat.

Gambaran Keseluruhan

Kanak-kanak Memerlukan Penjagaan yang Berbeza

Kanak-kanak mempunyai keperluan yang tersendiri dari segi fizikal, perkembangan dan emosi. Oleh itu, penjagaan mereka perlu disesuaikan mengikut usia dan tahap perkembangan masing-masing. Di Putra Medical Centre, perkhidmatan pediatrik kami merangkumi penjagaan pencegahan, pengesanan awal, rawatan penyakit serta pemantauan pertumbuhan dan perkembangan anak anda, daripada bayi baru lahir hingga remaja.

Fokus kami adalah untuk mengesan masalah lebih awal, memberikan maklumat yang jelas kepada ibu bapa serta menjalankan pemantauan secara berkala — dengan pendekatan yang mesra kanak-kanak dan berteraskan keluarga. Pasukan kami bekerjasama dengan Jabatan Obstetrik, Neonatologi, Jabatan Kecemasan dan jabatan kepakaran lain apabila anak memerlukan penjagaan lanjut.

Rawatan

Perkhidmatan yang Kami Sediakan

Perkhidmatan pediatrik kami merangkumi tiga bidang utama — penjagaan kesihatan kanak-kanak secara umum, pengurusan penyakit jangka panjang serta pembedahan pediatrik yang akan diperkenalkan.

Pediatrik Am

Penjagaan kesihatan berkala, rawatan penyakit lazim, vaksinasi serta pemantauan pertumbuhan dan perkembangan.

Pemeriksaan menyeluruh pada hari-hari pertama kehidupan bagi membantu mengenal pasti sebarang masalah kesihatan lebih awal.

Apa yang termasuk

  • Pemeriksaan tanda-tanda vital dan refleks
  • Pemeriksaan bagi mengesan kelainan kongenital
  • Penilaian kesihatan secara menyeluruh
Mengapa Ia Penting

Membantu mengenal pasti masalah kesihatan pada peringkat awal supaya penilaian dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.

Perubatan Dalaman Pediatrik

Rawatan dan pemantauan bagi penyakit jangka panjang serta keadaan kesihatan yang lebih kompleks dalam kalangan kanak-kanak.

Pemantauan secara berkala terhadap penyakit jangka panjang sepanjang kanak-kanak membesar.

Apa yang termasuk

  • Asma kanak-kanak
  • Diabetes kanak-kanak
  • Penyakit jantung kongenital, dengan kerjasama pakar kardiologi apabila diperlukan
  • Penyakit buah pinggang dan saluran gastrousus kronik
  • Penyakit autoimun
Mengapa Ia Penting

Pemantauan berterusan membantu mengawal keadaan kesihatan dan mengenal pasti komplikasi lebih awal.

Pembedahan Pediatrik Akan datang

Pengembangan perkhidmatan yang dirancang di PMCK. Kanak-kanak mempunyai keperluan anatomi, fisiologi dan pemulihan yang berbeza, dan pembedahan pediatrik memerlukan pendekatan serta peralatan yang bersesuaian.

Perkhidmatan pembedahan kanak-kanak kini bakal disediakan di Kedah, memudahkan keluarga mendapatkan rawatan pakar tanpa perlu travel ke pusat perubatan yang jauh.

Apa yang termasuk

  • Kelainan kongenital
  • Hernia
  • Radang apendiks
  • Testis tidak turun
  • Kecederaan dalam kalangan kanak-kanak
  • Keadaan pembedahan tertentu bagi bayi baru lahir
Mengapa Ia Penting

Membolehkan lebih banyak pilihan rawatan pediatrik tersedia lebih dekat dengan keluarga, termasuk penjagaan bius dan pemulihan yang disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak.

Perjalanan Lawatan Anak Anda

Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah

Kami faham membawa anak ke hospital boleh membuatkan ibu bapa dan anak berasa cemas. Panduan ringkas ini dapat membantu anda menjelaskan perjalanan lawatan kepada anak sebelum tiba di sini.

1

Layanan Mesra & Prihatin

Persekitaran mesra kanak-kanak yang direka khas untuk membantu anak anda berasa tenang dan selamat sepanjang berada di sini.

2

Pemeriksaan Mengikut Umur

Penilaian kesihatan yang disesuaikan secara khusus mengikut peringkat umur dan perkembangan fizikal anak anda.

3

Keputusan & Pelan Perawatan

Pakar kami akan menjelaskan status kesihatan anak secara berterus-terang serta meletakkan anda bersama-sama dalam merancang pelan rawatan terbaik.

4

Pemberian Rawatan & Vaksinasi

Setiap suntikan vaksin atau prosedur rawatan dijalankan dengan penuh berhati-hati, lembut, dan mengutamakan keselesaan anak.

5

Pemeriksaan & Penjagaan Susulan

Pemantauan berterusan untuk memantau proses pemulihan serta perkembangan kesihatan anak anda dari semasa ke semasa.

Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK

Persekitaran Mesra Kanak-kanak

Membantu mengurangkan rasa takut dan menjadikan pengalaman mendapatkan rawatan lebih selesa.

Penilaian Mengikut Usia

Penjagaan yang disesuaikan berdasarkan usia, tahap perkembangan dan keperluan anak.

Utamakan Pencegahan

Pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi membantu menyokong kesihatan kanak-kanak dalam jangka panjang.

Berteraskan Keluarga

Ibu bapa dilibatkan dalam membuat keputusan dan merancang penjagaan anak.

Sokongan Kecemasan Pediatrik

Bekerjasama dengan Jabatan Kecemasan dan Kemalangan bagi kes yang memerlukan rawatan segera.

Pembedahan Pediatrik Akan Diperkenalkan

Pengembangan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak untuk menyediakan lebih banyak pilihan rawatan di satu lokasi.

Bersedia Dapatkan Penjagaan Terbaik untuk Anak Anda?

Tempah sesi temujanji pediatrik anda di Putra Medical Centre hari ini, atau hubungi pasukan kami untuk jadual yang fleksibel. Nota Kecemasan: Jika anak anda memerlukan perhatian perubatan segera, sila hadir terus ke Jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E) kami.