Sempena Pink October, Putra Medical Centre turut bersama komuniti dalam program Alor Setar Car Free Saturday (ASCFS) yang berlangsung pada Sabtu, 3 Oktober 2026 di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
Melalui aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini, orang ramai berpeluang mendapatkan saringan kesihatan asas serta saringan mamogram percuma bagi kumpulan yang layak, dengan kerjasama National Cancer Society of Malaysia (NCSM).
Dalam suasana pagi yang santai, kami membawa mesej bahawa penjagaan kesihatan bermula dengan kesedaran dan langkah awal. Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan inisiatif ini.
Putra Medical Centre akan terus komited untuk mendekati komuniti dan menggalakkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan serta melakukan saringan secara berkala.


![]()
