Setiap pesakit hadir dengan cerita yang berbeza. Ada yang datang dengan kebimbangan, ada yang mencari jawapan dan ada yang hanya memerlukan sedikit keyakinan.
Di sebalik setiap rawatan, para doktor bukan sekadar merawat, tetapi turut mendengar, membimbing dan memberikan harapan kepada pesakit serta keluarga.
Sempena Hari Doktor 2026, Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua doktor atas ilmu, dedikasi, kepakaran dan keprihatinan yang dicurahkan dalam setiap langkah penjagaan pesakit.



![]()
