Di Putra Medical Centre, kesiapsiagaan menghadapi kecemasan bukan sekadar teori, tetapi perlu dipraktikkan. Baru-baru ini, pasukan kami telah menjalankan Latihan Simulasi Code Pink dan Code Grey bagi menguji serta memperkukuhkan tahap tindak balas dalam menghadapi situasi kecemasan.
Code Pink merupakan kod kecemasan bagi situasi yang melibatkan bayi atau kanak-kanak, manakala Code Grey digunakan bagi situasi melibatkan tingkah laku agresif atau ancaman keselamatan di persekitaran hospital. Kedua-duanya memerlukan tindak balas yang pantas, teratur dan berkoordinasi.
Melalui latihan ini, setiap anggota berpeluang menjalankan peranan masing-masing, menguji komunikasi dan koordinasi pasukan serta memastikan prosedur kecemasan dapat dilaksanakan dengan berkesan.



![]()
