Putra Medical Centre berbesar hati dapat menyertai program Kempen Derma Darah yang berlangsung di Alor Setar Mall dengan menyediakan saringan kesihatan asas kepada para pengunjung dan penderma darah.
Melalui saringan seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan indeks jisim badan (BMI), kami berharap lebih ramai masyarakat dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Dr. Lim Kim Huat, Timbalan Pengerusi Eksekutif Putra Medical Centre, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif kesihatan komuniti ini.
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi reruai Putra Medical Centre dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada komuniti serta menggalakkan masyarakat untuk terus mengutamakan kesihatan.

![]()
