Sebagai sebahagian daripada komitmen dalam menjaga kebajikan masyarakat, Putra Medical Centre (PMC), dengan kerjasama Lalita 9999 Group Supply, telah mengagihkan makanan kepada para pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital sebagai usaha untuk memberikan keselesaan, harapan dan sokongan sepanjang proses pemulihan mereka.
Sumbangan ini bukan sekadar menyediakan keperluan harian, malah merupakan satu tanda keprihatinan dan sokongan yang tulus kepada para pesakit, sebagai peringatan bahawa mereka sentiasa diberi perhatian dan tidak bersendirian sepanjang menjalani proses pemulihan.
Melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini, PMC dan Lalita 9999 Group Supply berharap dapat memupuk nilai kebaikan, empati dan kebersamaan, di samping memberikan manfaat yang bermakna kepada mereka yang memerlukan.
Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lalita 9999 Group Supply atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan inisiatif ini. PMC berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuh bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk menyebarkan kebaikan serta memberikan impak positif kepada komuniti yang kami santuni.
![]()
