Putra Medical Centre Alor Setar sentiasa komited dalam mendekati komuniti melalui program CSR Medical Camp di Masjid Al-Hasanah Ampang Jajar (Masjid Besi) Mergong.
Program ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan saringan kesihatan asas serta berkongsi maklumat dan kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan bersama pasukan perubatan kami.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan sokongan sepanjang program berlangsung. Semoga inisiatif ini dapat menggalakkan masyarakat untuk lebih peka terhadap kesihatan serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.


![]()
