Langkau ke kandungan

OBSTETRIK & GINEKOLOGI

daripada penjagaan semasa kehamilan dan proses kelahiran hingga rawatan bagi masalah yang melibatkan sistem reproduktif. Klinik kesuburan bersama pakar jemputan juga disediakan untuk memenuhi keperluan anda.

Gambaran Keseluruhan

Penjagaan Wanita di Setiap Peringkat Kehidupan

Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) menyediakan penjagaan kesihatan wanita dari usia remaja, sepanjang usia reproduktif hingga ke peringkat menopaus.

Obstetrik memberi tumpuan kepada kehamilan, proses kelahiran dan penjagaan ibu selepas bersalin. Ginekologi pula melibatkan kesihatan sistem reproduktif wanita, termasuk masalah haid, perubahan hormon, ketumbuhan serta rawatan dan pembedahan apabila diperlukan.

Di Putra Medical Centre, kedua-dua bidang ini digabungkan bagi memberikan penjagaan yang menyeluruh dan berterusan. Kami menyediakan rawatan untuk kehamilan dan keadaan kesihatan wanita yang rutin, kompleks atau berisiko tinggi, dengan sokongan daripada pasukan anestesia, pediatrik, neonatologi dan pembedahan apabila diperlukan.

Kami juga menyediakan klinik kesuburan bersama pakar jemputan, membolehkan pasangan mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan kesuburan dengan lebih mudah di Putra Medical Centre.

Dua Bidang Utama Kami

Apa yang Kami Boleh Lakukan

O&G mempunyai dua bidang utama. Obstetrik memberi tumpuan kepada kehamilan dan kelahiran, manakala ginekologi memberi tumpuan kepada sistem reproduktif itu sendiri.

OBSTETRIK

Kehamilan, kelahiran dan beberapa minggu selepas bersalin — memastikan keselamatan ibu dan bayi.

Pemeriksaan berkala sepanjang kehamilan bagi memastikan sebarang perubahan dapat dikesan lebih awal.

Apa yang termasuk

  • Pemeriksaan kehamilan secara berkala
  • Pemeriksaan ultrabunyi
  • Pemantauan kesihatan ibu
  • Pemeriksaan untuk mengesan diabetes semasa hamil dan tekanan darah tinggi
Mengapa Ia Penting

Membantu mengesan masalah seperti diabetes semasa hamil atau tekanan darah tinggi pada peringkat awal.

Ginekologi

Kesihatan sistem reproduktif — daripada masalah haid hingga kepada pembedahan

Haid yang tidak teratur, terlalu banyak atau terlalu menyakitkan sehingga mengganggu kehidupan seharian.

Apa yang termasuk

  • Haid tidak teratur
  • Pendarahan haid yang banyak
  • Ketidakseimbangan hormon
Mengapa Ia Penting

Meningkatkan kualiti hidup dan membantu mencegah anemia.

Visiting fertility clinic

Klinik Kesuburan Pakar Jemputan kami membawa perkhidmatan perubatan reproduktif ke Alor Setar.

Dikendalikan oleh pakar kesuburan jemputan, perkhidmatan ini merangkumi penilaian kesuburan dan hormon, pemantauan ovulasi, pemantauan perkembangan folikel, pemeriksaan masalah ketidaksuburan lelaki dan wanita, perancangan rawatan reproduktif berbantu apabila bersesuaian, serta kaunseling pra-kehamilan. Ini membolehkan anda mendapatkan kepakaran tersebut secara tempatan tanpa perlu melakukan perjalanan ke pusat perubatan rujukan.

Langkah yang Perlu Anda Ambil

Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah

Jika anda hamil, berikut ialah perjalanan penjagaan anda daripada lawatan pertama sehingga selepas bersalin.

1

Lawatan Antenatal Pertama

Pengesahan kehamilan, pengambilan sejarah kesihatan dan pemeriksaan ultrabunyi pertama.

2

Pemeriksaan Berkala

Pemeriksaan, imbasan dan pemantauan sepanjang kehamilan.

3

Pelan Kelahiran Anda

Pelan kelahiran disesuaikan mengikut tahap risiko dan keadaan kesihatan anda.

4

Kelahiran

Kelahiran normal, kelahiran berbantu atau pembedahan Caesarean, dengan sokongan bius apabila diperlukan.

5

Selepas Bersalin

Pemeriksaan selepas bersalin untuk ibu dan bayi.

Lawatan ginekologi merangkumi konsultasi, pemeriksaan dan perancangan rawatan standard, dengan ujian atau saringan diatur mengikut keperluan.

Apa yang Kami Sediakan untuk Anda di PMCK

Ibu dan Bayi Dipantau Sepanjang Proses Kelahiran

Pemantauan berterusan terhadap keadaan ibu dan bayi.

Pelan Kelahiran Berdasarkan Tahap Risiko

Perancangan penjagaan yang disesuaikan dengan keperluan setiap ibu.

Satu Pasukan Penjagaan

Pakar obstetrik, pakar pediatrik, pakar bius dan pasukan neonatologi bekerjasama dalam penjagaan ibu dan bayi.

Pembedahan Ginekologi Secara Laparoskopi

Pemulihan lebih cepat dengan hirisan yang lebih kecil.

Saringan Pencegahan

Pengesanan awal masalah kesihatan, termasuk saringan serviks.

Kesuburan Diberi Perhatian

Perancangan pembedahan mengambil kira kehamilan pada masa hadapan apabila bersesuaian.

Visiting fertility clinic on site

Akses kepada kepakaran perubatan reproduktif secara tempatan.

Bersedia untuk Membuat Temujanji?

Tempah janji temu Obstetrik & Ginekologi (O&G) atau pendaftaran antenatal di Putra Medical Centre. Klinik Fertiliti beroperasi berdasarkan temujanji, mengikut jadual pakar jemputan.