Suasana sekitar bandar raya Alor Setar menjadi lebih meriah apabila lebih 1,000 peserta menyertai Isuzu Cycle for Health Edisi Ke-16, yang berlangsung bersempena Alor Setar Car Free Saturday Edisi September 2026.
Acara kayuhan sejauh 60 kilometer ini menghimpunkan peserta dari seluruh Malaysia, termasuk penyertaan antarabangsa dari Satun, Thailand, dalam meraikan aktiviti sihat dan gaya hidup aktif di sekitar bandar raya Alor Setar.
Dalam kemeriahan acara ini, pasukan Putra Medical Centre turut turun padang bersama komuniti dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan asas kepada para peserta dan pengunjung yang hadir.
Penglibatan ini memberi peluang kepada pasukan kami untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan masyarakat, di samping berkongsi kesedaran mengenai kepentingan mengetahui tahap kesihatan diri dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Terima kasih kepada semua yang telah singgah dan meluangkan masa bersama pasukan Putra Medical Centre. Semoga kehadiran kami dapat memberi manfaat serta menjadi sebahagian daripada usaha berterusan dalam membina komuniti yang lebih peka terhadap kesihatan.

![]()
